Pagi raya pada tahun ni di sertai dengan hujan...rasa tenang je...selepas sembahyang raya,besalaman dan pergi ke kubur aku terus bergerak ke rumah mak bapak mertua ku di rengam kluang.....Untuk tahun ke 3 aku sebagai menantu inilah kali pertama aku sudah berada di sana untuk hari raya yg pertama.....
Perjalanan pagi tu terhalang dengan hujan yang lebat...terpaksalah aku meminta pertolongan kak long untuk menghantar aku ke rengam....suami aku tetap pergi dengan motorsikal...
Perasaan aku berbaur2....dengan rasa sedih meninggalkan mak dan ayah keseorangan di pagi raya,perasaan ingin berjumpa akak2 iparku yg dtg dr kuala lumpur dan perak yang dah lama aku x jumpa....dan juga perasaan yang amat sedih kerana raya tahun ni aku balik dengan motorsikal saje.....bohong kalau aku cakap xda dalam diri aku ni perasaan malu,sedih dan macam2 lagilah.....tapi aku terpaksa tebalkan muka ni semata2 untuk menyambut hari raya dengan mak dan bapak....
Sampai kat kg Tengah rengam...ujan dah berhenti...kat rumah ada koge kak long,kak intan,kak tika dan kak ana...koge abg zam mmg lah ada,sebelah rumah ajer..yg xda balik kak bika,kak zu dan abg nasir....rasanya x penah lg trcatat sejarah pada aidilfitri semua adik beradik ada....kenapa yer....x bole ke perkara ni berlaku...kak zu pun dah lama sangat x balik...aku mmg hairan sgt....(alih tajuk sekejap)....walau ape alasan sekalipun,sesekali baliklah ke rumah mak dan bapak....seingat aku last sekali diaorg lek tahun ptma aku bertunang...2006...itulah kali ptma dan trakhir aku tgok kak zu...sungguh aku masih belum mengenali kak zu...
Buat pertama x nyer juga tahun ni suami aku membawa aku ke rumah pakcik makcik dan sedara mara sebelah koge mak dan bapak yg sangat ingin aku kenali....korang pecaya x sejak kawin aku x penah tol2 kenal sape makcik dan pakcik aku...apetah lg sepupu sepapt yg lain...ape yg boleh aku rumuskan perbezaan kekeluargaan antara aku dan suami mat jauh berbeza....setelah bertahun aku meminta semua ni terjadi...akhirnya terlaksana pada tahun ini...Alhamdulilah......sekurangnya aku berpelunag mengenali suku sedara mara yg ada di kampung......
Ironi nya semua ni....aku rasa lebih dekat dengan keluarga mentua dan sedara mara dari sebelum ini....Harraz juga berpeluang mengenali susur galur koge sebelah ayahnya walaupun dia masih belum memahami....aku harap Harraz akan mengekalkan adat kunjung mengunjung ni semua bila dia besar nanti...aku akan pastikan semua tuh.....huh!
Balasan setimpal dengan setiap kunjungan solo ku sekoge tanpa adik beradik yang lain....Harraz mendapat duit raya lebih dr sepupu2 yg lain...hehe!Sonoknya.....nape lak ibu yang terlebih sonok ni......(budak kecik x leh peggang duit byk2....hehe).......................
Pe pun..raya 2010 ini tetap mencatit seribu 1 macam sejarah dan kenangan yang tak dapt aku lupakan dan boleh di tukar ganti.....keriangan bersama keluarag sendiri dan mertua,suka duka menempuh cuaca panas dan hujan menaiki motorsikal ke mana sahaja,ketabahan harraz dan pemahaman harraz yang sudah lali dek kepenatan di atas motor,jelingan seribu warna dari orang2 sekeliling yg menaiki kenderaan yg lebih besar akan ku ingati sampai ke akhir hayatku.................
Walau begitu banyak cabaran yang perlu aku lalui....senyuman masih harus aku hulurkan untuk insan2 yang sentiasa ada di belakang aku selama ni.............Love U All...............
0 comments:
Post a Comment